Pada 22 Februari 2014 (Sabtu) yang lepas, Global Environment Centre (GEC) dengan kerjasama Pejabat Tanah/Daerah Sabak Bernam telah menganjurkan Sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia 2014 bertempat di Kampung Dato' Hormat, Sabak Bernam. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Sallehen Bin Mukhyi, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian Dan Pembangunan Desa Negeri Selangor. Pihak LUAS telah dijemput untuk mengadakan pameran dan turut serta di dalam aktiviti penanaman pokok bakau.
|