Home | Sitemap | Login

Peatland News

Title: RPS Hutan Paya Gambut Selangor Utara dilancar
Date: 21-Nov-2014
Category: Malaysia
Source/Author: Utusan Online
Description: KUALA SELANGOR 20 Nov. – Satu pelan Rancangan Pengurusan Bersepadu (RPS) Hutan Paya Gambut Selangor Utara 2014 – 2023 telah dirangka dalam memastikan kelestarian hutan paya gambut yang terdapat di sekitar daerah ini dan Sabak Bernam.

Dr. Puat Dahalan (tiga dari kanan) menyaksikan demonstrasi bacaan

Dr. Puat Dahalan (tiga dari kanan) menyaksikan demonstrasi bacaan piezometer oleh seorang petugas semasa lawatan kerja bersama wakil NGO dan pelajar sekolah di Hutan Simpan Raja Musa, Kuala Selangor, Selangor, semalam.

KUALA SELANGOR 20 Nov. – Satu pelan Rancangan Pengurusan Bersepadu (RPS) Hutan Paya Gambut Selangor Utara 2014 – 2023 telah dirangka dalam memastikan kelestarian hutan paya gambut yang terdapat di sekitar daerah ini dan Sabak Bernam.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/rps-hutan-paya-gambut-selangor-utara-dilancar-1.27126#sthash.i2yQKSm2.dpuf

Pengarah Perhutanan Selangor, Dr. Puat Dahalan berkata, penyediaan RPS bagi tempoh 10 tahun tersebut turut melibatkan pelbagai pihak termasuk masyarakat setempat.

Katanya, pelan pengurusan hutan jenis paya gambut terbabit menekankan aspek pemuliharaan dan pencegahan kebakaran hutan.

“Jabatan Perhutanan negeri be­kerjasama dengan agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) terlibat secara holistik bagi memastikan fungsi hutan paya gambut ini dapat dimanfaatkan secara berkekalan,” katanya selepas lawatan kerja bersama wakil NGO dan pelajar sekolah di Hutan Simpan Raja Musa di sini hari ini.

Antara agensi kerajaan yang memberi input dalam merangka RPS Hutan Paya Gambut Selangor Utara berkenaan ialah Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, pejabat tanah dan daerah, jabatan alam sekitar, jabatan pengairan dan saliran dan jabatan bomba dan penyelamat.

Selain itu, ia turut melibatkan beberapa NGO seperti Pertubuhan Sahabat Hutan Gambut Selangor Utara dan Ranjer Hutan Paya Gambut.

Puat berkata, RPS Hutan Paya Gambut Selangor Utara tersebut telah diluluskan kerajaan negeri baru-baru ini.

“Selangor mempunyai kira-kira 82,000 hektar hutan paya gambut yang kebanyakan terletak di daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam dan kesemuanya perlu mendapat penjagaan yang sewajarnya,” ujarnya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/rps-hutan-paya-gambut-selangor-utara-dilancar-1.27126#sthash.i2yQKSm2.dpuf

KUALA SELANGOR 20 Nov. – Satu pelan Rancangan Pengurusan Bersepadu (RPS) Hutan Paya Gambut Selangor Utara 2014 – 2023 telah dirangka dalam memastikan kelestarian hutan paya gambut yang terdapat di sekitar daerah ini dan Sabak Bernam. - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/rps-hutan-paya-gambut-selangor-utara-dilancar-1.27126#sthash.i2yQKSm2.dpuf

[ Back ] [ Print Friendly ]