Home | Sitemap | Login

   

Peatland News

Title: Angkara bersih kebun
Date: 15-Aug-2018
Category: Peat fire - Malaysia
Source/Author: Harian Metro
Description: ANGGOTA Bomba Bintangor memadam kebakaran belukar di Teluk Bunut, Bintangor.

Bomba bertungkus-lumus padam 75 hektar hutan terbakar

Hanya disebabkan aktiviti pembakaran terbuka untuk membersihkan kebun, anggota bomba terpaksa berhempas pulas memadam kebakaran hutan dan belukar seluas 75 hektar di Teluk Bunut, di sini, kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor Nicholas Belulin berkata, dua jentera bomba bersama lapan anggota dikejarkan ke lokasi selepas dimaklumkan mengenai kebakaran itu jam 4.27 petang.

“Lokasi kejadian kira-kira 12 kilometer dari BBP Bintangor. Kebakaran berjaya dikawal daripada merebak ke kawasan lain, namun pemantauan masih diteruskan sebagai langkah berjaga-jaga, lebih-lebih lagi ia membabitkan kawasan tanah gambut,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Sementara itu, kawasan hutan seluas hampir 15 hektar di Jalan Semop, Pulau Bruit turut dilaporkan terbakar sejak tiga hari lalu.

Ketua BBP Tanjung Manis Jerry Jelani berkata, seramai 14 anggota bomba, termasuk dari Sibu terbabit dalam operasi memadamkan kebakaran itu yang turut membabitkan kawasan tanah gambut.

“Keadaan setakat ini terkawal, namun pegawai dan anggota masih ditempatkan di lokasi kejadian bagi operasi pemantauan, selain mengelak risiko kebakaran berulang susulan musim panas serta kering melanda Sarawak ketika ini,” katanya.

Justeru, beliau mengingatkan orang ramai tidak melakukan pembakaran terbuka, terutama aktiviti pertanian pada musim panas dan kering ketika ini bagi mengelak risiko kebakaran besar yang boleh menyebabkan lebih banyak kemusnahan atau kemalangan jiwa.

“Kita akui aktiviti ini memang sukar dibendung kerana mereka bercucuk tanam, namun kita menasihati ia dikawal supaya tidak menimbulkan masalah dan merebak menjadi kebakaran lebih besar,” katanya. “Henti sebar maklumat palsu,” tegas Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Lim Meng Seah ketika mengulas dakwaan berlaku kes penculikan kanak-kanak di bandar raya ini yang tular di laman sosial sejak kelmarin.

Beliau turut mengesahkan tiada laporan polis diterima berkaitan kes penculikan kanak-kanak yang didakwa berlaku di

Senadin dan di depan Sekolah Kebangsaan (SK) Anchi, di sini.

“Penyebaran laporan itu mengundang keresahan orang awam sedangkan ia tidak berlaku. Orang awam perlu menghentikan penyebaran maklumat berkenaan serta-merta. Gambar suspek yang dikongsi juga tidak mempunyai kaitan dan ia sebenarnya bersabit kes di Semenanjung,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Katanya, tindakan boleh diambil jika individu terbabit terus menyebarkan maklumat palsu itu.



[ Back ] [ Print Friendly ]