Home | Sitemap | Login

   

Peatland News

Title: Cari kaedah baru bersih kebun elak bakar
Date: 29-Aug-2018
Category: Peat fire - Malaysia
Source/Author: Selangorkini
Description: Yeo Bee Yin berkata, hal itu bagi mengelakkan kebakaran besar berlaku ketika petani membuat pembersihan kebun.

KLANG -Kementerian Tenaga,Sains, Teknologi Alam Sekitar danPerubahan Iklim akan berbincangdengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berhubungkaedah baru bagi membolehkanpembersihan kebun secara mesra alam dilaksanakan.

Menterinya, Yeo Bee Yin berkata, hal itu bagi mengelakkankebakaran besar berlaku ketikapetani membuat pembersihan kebun.

“Selain kaedah baru, program pendidikan secara berterusan juga perlu diterapkan kepada petani.

“Kita mahu satu teknologi mesra alam dihasilkan bagi membolehkan petani tidak perlu membakar untuk melakukan pembersihan kebun."

“Pada masa sama, dengan adanya langkah baru nanti, maka ia juga tidak menjejaskan sumber pendapatan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melawat Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dan kawasan kebakaran tanah gambut Johan Setia, pada 15 Ogos lalu.

Pada 13 Ogos lalu, kira-kira 50 hektar kawasan tanah gambut di kawasan Johan Setia terbakar menyebabkan penduduk tidak senang ekoran menghidu asap tebal.

Sementara itu, Bee Yin berkata, pihaknya bersama agensi berkaitan akan mengadakan dialog bersama

Cari kaedah baru bersih kebun elak bakar penduduk dan ‘stakeholders’ bagi membincangkan masalah kebakaran di tanah gambut, dikawasan itu.

Katanya, kebakaran yang sering berlaku itu berlarutan,sejak 15 tahun lalu.

“Saya akan mengadakandialog dan mesyuarat bersepadu dengan semua pihak termasuk pemilik kebun bagi mencari penyelesaian supaya insiden ini tidak berulang lagi.

“Setiap tahun, kita dengar masalah yang sama. Perkara membabitkan kesihatan tidak boleh dipandang mudah, maka saya mahu semua pihak tangani isu ini secara serius,” katanya.

Beliau memberi jaminan untuk menyelesaikan insiden berskala besar seperti itu supaya tidak berulang dan pemantauan akan diadakan secara berterusan.

Kita mahu satu teknologi mesra alam dihasilkan bagi membolehkan petani tidak perlu membakar untuk melakukan pembersihan kebun



[ Back ] [ Print Friendly ]